Akhirnya, Nora Danish Dedah Status Sebenar Hubungannya Dengan Fasha.



Nampak gayanya kemelut perselisihan faham antara Nora Danish dan Fasha Sandha masih belum di temui jalan penyelesaiannya.

Jika berdasarkan dari apa yang di nyatakan oleh Fasha Sandha, pihaknya juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak penganjur dan juga pihak ketiga, Nora.

Nora yang pada awalnya memaklumkan akan mengambil tindakan terhadap Fasha kerana tulisannya memalukan nama dan perniagaannya.

Menurut Nora, kesannya terasa pada perniagaan yang sedang di promosikannya.

Menurutnya " “Saya sedih dan terkilan kerana tindakan dia telah membuatkan beberapa pelanggan saya ingin memulangkan balik baju raya yang telah mereka beli. Ada juga yang berpaling arah dan benci kepada saya.”


Nora mengakui hubungannya dengan Fasha sememangnya tidak baik dari dahulu.

“Hubungan saya dan Fasha memang dari dulu tidak baik tapi tidaklah sampai saya menghalang dia hadir atau halau dia pada majlis itu. Itu bukan majlis saya dan saya tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu dia datang atau tidak.
“Kalau benar saya mahu bertindak demikian kenapa baru sekarang?” soalnya.
Manakala penganjur majlis tersebut, Jakel mengakui perselisihan faham antara dua artis ini berpunca dari mereka. 


No comments