Nitizen Anggap Alasan Bekas Suami Elly Mazlien Untuk Kurangkan Nafkah Anak 'Remeh'.
Azmi Hatta , bekas suami Elly Mazlien hari ini memohon mahkamah untuk mengurangkan bayaran nafkah anaknya.
Sebelum ini mahkamah telah menetapkan bayaran nafkah anak sebanyak Rm 1500 sebulan namun Azmi meminta pengurangan kepada Rm 500.
Menurut Elly Mazlien, mereka berdua masih gagal mencapai kata putus tentang kes nafkah anak.
Elly turut memberitahu, " Alasan utamanya adalah disebabkan dia terpaksa menanggung kos bayaran motosikal berkuasa tinggi berjumlah RM1,150 sebulan.
“Bagi saya alasan itu tidak munasabah. Sebab itu saya berkeras untuk menuntut RM1,500 sebulan seperti mana yang telah diputuskan mahkamah sebelum ini.
“Bukan itu sahaja, saya juga akan mengambil tindakan terhadapnya kerana ingkar perintah mahkamah selepas dia gagal memperuntukkan perbelanjaan sempena Aidilfitri berjumlah RM1,500,” ujarnya.
Bila membaca di ruang komen, kebanyakan nitizen menyokong Elly Mazlian. Ramai yang memperlekehkan alasan Azmi yang semata-mata hanya kerana motor berkuasa tinggi, nafkah anak cuba dikurangkan.
Post a Comment